Friday, August 28, 2009

Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan



ALLAH SWT yang maha berkuasa telah menciptakan alam cakrawala yang begitu kompleks, khasnya untuk keperluan hidup makhlukNya di bumi ini.

Dari peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang, maka wujud perkiraan masa atau zaman, dua belas bulan dalam tempoh setahun.

Empat dari dua belas bulan itu dinamakan Bulan Haram, yang dihormati mengandungi kemuliaan dan kelebihan yang tersendiri.

Sesungguhnya zaman itu berputar semenjak mula-mula Allah ciptakan langit dan bumi.

Satu tahun mengandungi dua belas bulan; daripadanya empat Bulan Haram, tiga daripada empat bulan itu berturut-turut iaitu Zulqaedah, Zulhijjah Dan Muharram dan satu bulan berasingan iaitu Rejab, antara Jamadi dan Sya’ban.(Sabda Rasullullah SAW – daripada Abu Bakar)

Di samping empat Bulan Haram tersebut, Allah SWT telah memberikan keistimewaan dan kelebihan ganjaran pahala bagi umat Islam yang mengerjakan amal ibadat dalam bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadan.


“Rejab adalah bulan Allah SWT, Sya’ban adalah bulanku (Rasullullah) dan Ramadan adalah bulan umatku.”


InsyaAllah buku Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban Ramadhan yang disusun oleh Haji Johari Haji Alias, terbitan Darul Nu’man, 1998 ini akan menghuraikan di antara pelbagai amal ibadat dan kafiat mengerjakannya. Selamat berkongsi membaca.

No comments:

Post a Comment