Wednesday, August 26, 2009

Psikologi Islam: Falsafah, Teori dan Aplikasi


TERBITAN TERKINI

TUJUAN buku ini diterbitkan adalah untuk mendalami Psikologi Islam dari aspek falsafah, teori dan aplikasinya bagi keperluan kehidupan seharian manusia masakini.

Buku ini diterbitkan oleh Institut Islam Hadhari, UKM, Bangi.

Bab Satu (1) menyentuh Psikologi Islam dari perspektif falsafah yang merangkumi sejarah dan juga apa itu Psikologi Islam dan kaitannya dengan manusia.

Bab Dua (2) membincangkan konsep asas dan teori Psikologi Islam serta teori yang digunakan dalam penekanan beberapa aspek rohaniah.

Bab Tiga (3) membicarakan isu yang berkaitan dengan aplikasi Psikologi Islam yang menekankan aspek kehidupan manusia seharian.

Diharapkan buku ini dapat dijadikan rujukan berguna oleh segenap lapisan masyarakat khususnya kepada mereka yang berminat dengan Psikologi Islam. Kesedaran tentang pentingnya Psikologi Islam dalam arus pemodenan membentuk perilaku dalam melestarikan kehidupan manusia dari aspek rohaniah.

Psikologi Islam sebagai aliran alternatif untuk memahami sikap dan tingkah laku manusia dari aspek budaya dan agama masyarakat muslim. Pemahaman tentang manusia daripada pemikiran Barat Moden adalah berbeza dari kaca mata pemikiran Islam.

Untuk mendapatkan buku ini sila klik imej di atas.

1 comment:

  1. Kepada Pencinta Buku,

    Buku ini boleh dibeli di Institut Islam Hadhari, UKM atau Bookstation32 di Jalan Ampang Kuala Lumpur.

    ReplyDelete